global

Bukan eksotik lah...

Oleh Agensi

LONDON: Seekor burung berwarna kuning yang disangka haiwan eksotik sebelum dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan rupa-rupanya adalah burung camar yang diselaputi kunyit.

Daily Mail melaporkan, burung terbabit terjatuh dalam lopak air di bahu jalan dan sukar untuk terbang sebelum dibawa ke Hospital Hidupan Liar Tiggywinkles di Haddenham, Aylesbury.

Haiwan terbabit bagaimanapun disahkan berada dalam keadaan sihat dan dimandikan untuk menghilangkan warna kuning berkenaan.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook pusat perlindungan haiwan itu, mereka berkata ia adalah kes yang agak jarang berlaku.

“Burung camar berwarna kuning ini diselamatkan oleh orang awam yang melihatnya di bahu jalan.

“Apabila dihubungi, mereka hanya mengatakan seekor burung kuning ditemui dan kami tidak tahu apa yang harus dijangka dan semestinya tidak menyangka menemui kes seperti ini,” kata mereka.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 10:48pm
d