global

5 maut dalam serangan Al-Shabaab

Oleh AFP

MOGADISHU: Lima termasuk tiga orang awam maut selepas kumpulan militan melepaskan tembakan di pos kawalan keselamatan di ibu kota Somalia, hari ini.

AFP yang memetik jurucakap pihak keselamatan di Mogadishu, Mohamed Adan berkata, dua daripada anggota kumpulan berkenaan menyerang dan berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

“Kejadian menyebabkan dua anggota keselamatan dan tiga orang awam maut. Pada masa sama, dua anggota kumpulan itu turut maut,” katanya.

Al-Shabaab dalam kenyataannya mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan mengesahkan dua anggotanya terbunuh.

Pihak keselamatan sebelum itu berkata mereka berjaya memintas sebuah kenderaan yang mempunyai muatan penuh dengan bahan letupan di daerah sama.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 11:09pm
d