global

Indonesia pulangkan sampah ke Australia [METROTV]

Oleh AFP

JAKARTA: Kerajaan Indonesia hari ini berkata akan mengembalikan 210 tan sampah yang dihantar ke republik itu dari Australia.

Lapan kontena mengandungi sampah yang dirampas pihak berkuasa di Surabaya sepatutnya mengandungi kertas buangan.

Namun, bahan berbahaya dan sisa buangan termasuk botol plastik, bungkusan, lampin pakai buang, barangan elektronik dan tin turut ditemui dalam kontena itu.

Jurucakap kastam Jawa Timur dalam satu kenyataan semalam berkata, Kementerian Alam Sekitar mengarahkan sampah berkenaan dihantar ke tempat asalnya.

“Langkah ini bagi melindungi orang awam dan persekitaran Indonesia, terutamanya Jawa Timur dari sampah kategori B3,” katanya yang merujuk kepada bahan toksik dan berbahaya.

Menurut pihak berkuasa, syarikat Australia, Oceanic Multitrading menghantar sampah itu ke negara berkenaan menerusi firma Indonesia, PT. MDI.

Disiarkan pada: July 9, 2019 @ 3:58pm
d