global

'Ingatkan dah menang...'

Oleh Agensi

ZURICH: Pelari jarak jauh Ethiopia membuat kesilapan memalukan apabila dia meraikan kemenangan terlebih awal kerana menyangkakan berjaya menamatkan acara larian 5,000 meter di Lausanne, Switzerland pada Jumaat lalu.

Hagos Gebrhiwet sebenarnya tidak menyedari bahawa dia mempunyai satu pusingan lagi sejauh 400 meter dalam larian Liga Berlian itu dan sempat mengangkat kedua tangan tanda kemenangan kepada penonton, lapor Daily Mail.

Ia menyebabkan pelari berusia 25 tahun itu tertinggal di belakang pelari senegara, Yomif Kejelcha yang berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 13 minit.

Lebih mengecewakan lagi apabila Gebrhiwet hanya mampu menamatkan larian di tempat ke-10 dengan catatan masa 13 minit 9.59 saat.

Dia yang meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Rio 2016 berharap tidak mengulangi kesilapan itu di Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 12:10am
d