global

46 dirawat kerana gas bocor

Oleh AFP

MONTREAL: Kebocoran gas karbon monoksida di sebuah hotel di Winnipeg semalam menyebabkan 46 penghuninya dimasukkan ke hospital dengan 15 daripadanya kritikal.

Presiden Persekutuan Bomba Winnipeg, Alex Forrest berkata kepada CBC News, insiden itu besar dan serius.

Katanya, bacaan karbon monoksida di penginapan itu pada paras berbahaya iaitu 385 bahagian per sejuta.

Menurut CBC, syarikat tenaga yang menyediakan perkhidmatan elektrik dan gas asli Manitoba Hydro berkata, ia sudah menutup kebocoran yang bukan berpunca daripada gas.

Bagaimanapun, sumber kebocoran itu belum diketahui lagi.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 10:23am
d