global

Murid dituduh sokong Daesh terima RM18,042

Oleh Agensi

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki menerima pampasan sebanyak RM18,042 selepas dituduh gurunya menyokong Daesh.

Bayaran dilakukan Majlis Perbandaran Tower Hamlets di London Timur kerana melanggar Akta Hak Asasi Manusia 1988.

Tiga tahun lalu, kanak-kanak itu hadir ke sekolah dengan memakai baju kemeja yang memaparkan perkataan ‘saya mahu menjadi seperti Abu Bakr al-Siddique’, tokoh terkenal Islam.

Menurut The Sun, guru melaporkan murid itu kepada perkhidmatan sosial kebajikan kerana bimbang dia menyokong pengganas Abu Bakr al-Baghdadi.

Ibu kanak-kanak malang itu mendedahkan anaknya diletakkan dalam senarai pengawasan dan mendakwa perkhidmatan sosial mencadangkan penyahradikalan.

Kanak-kanak terbabit kini berusia 11 tahun, dikatakan kecewa dengan kejadian itu dan kurang keyakinan diri untuk bersuara di sekolah.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 3:04pm
d