global

Tinggal anak sampai mati

Oleh Agensi

TENNESSEE (Amerika Syarikat): Seorang bayi berusia lapan bulan maut manakala lima kanak-kanak lain cedera dalam kebakaran selepas ditinggalkan ibu mereka yang berparti di kelab malam, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Menurut Fox News, kejadian berlaku di sebuah unit pangsapuri di Nashville selepas dua wanita berusia masing-masing berusia 23 dan 25 tahun itu keluar rumah.

Jabatan Polis Metro Nashville dalam kenyataannya berkata, mereka masih cuba menyiasat sama ada wanita terbabit mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka di rumah.

Salah seorang saksi memberitahu polis bahawa dia melihat seorang kanak-kanak berusia enam tahun berlari keluar sambil menjerit memaklumkan adik-beradiknya yang lain masih berada dalam unit pangsapuri itu.

Bagaimanapun, bomba berjaya menyelamatkan empat orang daripada kanak-kanak terbabit sebelum menemui seorang lagi mangsa berusia lima tahun yang dihantar menerima rawatan ke hospital berhampiran.

Disiarkan pada: July 10, 2019 @ 10:29pm
d