global

9 maut, 66 cedera nahas kereta api

Oleh AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh, manakala 66 lagi cedera apabila dua kereta api bertembung di Pakistan tengah, pagi tadi.

Kejadian berlaku di daerah Rahim yar Khan di Punjab apabila kereta api penumpang dari Lahore merempuh kereta api membawa muatan barangan yang berhenti di satu persimpangan.

Pegawai polis, Omar Salamat memberitahu stesen televisyen Geo News, sekurang-kurangnya sembilan mayat sudah dikeluarkan.

Seramai 66 penumpang cedera dengan tiga hingga empat daripadanya dilaporkan kritikal.

Stesen televisyen Aaj memetik Menteri Pengangkutan Pakistan, Sheikh Rasheed Ahmed yang berkata, punca kemalangan itu masih dalam siasatan.

Pada Jun lalu, tiga orang maut apabila dua kereta api bertembung di wilayah Sindh.

Disiarkan pada: July 11, 2019 @ 3:03pm
d