global

Lemas ketika main Tik Tok

Oleh Agensi

HYDERABAD: Seorang lelaki yang mahu merakam aksi dalam air untuk aplikasi Tik Tok lemas dalam sebuah tasik di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku petang Selasa lalu apabila mangsa Narasimha, 22, tergelincir ke dalam lubang tasik dan gagal menyelamatkan diri kerana tidak pandai berenang.

Menurut Hindustan Times, mangsa dan sepupunya, Prashant ke tasik itu untuk mengambil swafoto dan mereka turut merakam aksi menari dalam air.

Selepas seketika, Prashant naik ke darat untuk merakam aksi mangsa yang kemudiannya berjalan ke kawasan lebih dalam.

Inspektor M Mahesh berkata, mangsa tidak menyedari ada lubang dalam dan tergelincir ke dalamnya.

Menurutnya, beberapa orang cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

Mahesh berkata, mayat mangsa ditemui keesokan hari dan polis sudah merampas telefon bimbit mengandungi video kejadian untuk siasatan.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 9:54pm
d