global

Serang pembunuh dalam mahkamah

Oleh Agensi

OHIO: Dua beradik lelaki bertindak menyerang pembunuh ibu mereka ketika perbicaraan berlangsung di sebuah mahkamah di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika Dale Williams, 62, menunggu dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh Elizabeth Pledger-Stewart, 46, dua tahun lalu.

Lapor Daily Mail, sebaik anak perempuan mangsa mahu memberi keterangan, dua beradiknya bangun dari tempat duduk dan menyerang Williams.

Rakaman video memaparkan seorang lelaki mengheret kaki Williams, manakala seorang lagi cuba menumbuk kepalanya.

Kedua-dua beradik itu ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 hari.

Pada Jun 2017, Williams didakwa merempuh kereta Pledger-Stewart yang ketika itu keluar dari kenderaannya sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arahnya.

Pada malam sebelum kejadian, mangsa membuat laporan polis selepas Williams mengugut akan menyerangnya.

Disiarkan pada: July 13, 2019 @ 12:26am
d