global

Okinawa dilanda gempa magnitud 6.1

Oleh Reuters

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.1 menggegarkan utara pulau Okinawa, Jepun hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Reuters melaporkan, ia bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kematian.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 257 kilometer iaitu kira-kira 346 kilometer di utara Naha, ibu kota wilayah berkenaan.

Disiarkan pada: July 13, 2019 @ 10:20am
d