global

Seorang maut, ratusan dipindahkan akibat gempa

Oleh AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala ratusan lain dipindahkan selepas gempa bumi kuat 7.3 magnitud menggegarkan kepulauan terpencil Maluku di timur Indonesia semalam.

Gempa bumi cetek berlaku 165 kilometer di selatan-barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada jam 6.28 petang waktu tempatan.

Di daerah Halmahera Selatan yang terletak berhampiran pusat gempa, kira-kira 160 rumah runtuh apabila gempa berlaku, menyebabkan seorang wanita terkorban.

“Mangsa ditimpa runtuhan apabila rumahnya runtuh,” kata pegawai agensi pencegahan bencana tempatan, Ikhsan Subur kepada AFP hari ini.

Ribuan penduduk masih berlindung di sekolah, bangunan kerajaan dan kawasan tinggi.

“Gegaran susulan masih berlaku dengan kerap. Penduduk masih trauma dan tidak berani pulang ke rumah,” kata Ikhsan.

Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik berkata, sehingga pagi ini, sekurang-kurangnya 52 gempa susulan direkodkan selepas gegaran awal.

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 1:52pm
d