global

Thailand bakal ditadbir secara demokrasi

Oleh Reuters

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha meletakkan jawatan sebagai ketua tentera Thailand berkuat kuasa hari ini, dengan mengumumkan negara berkenaan akan ditadbir sebagai sebuah negara demokrasi selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera.

Prayuth kekal sebagai perdana menteri dengan sokongan parti politik pro-tentera di Parlimen dan anggota Dewan Senat yang dilantik tentera menurut Perlembagaan Thailand.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di televisyen, Prayuth berkata pemerintahan tentera membolehkan kejayaan dicapai dalam banyak perkara antaranya tangkapan ikan secara haram dan pemerdagangan manusia.

Bekas ketua tentera yang terbabit dalam satu rampasan kuasa pada 2014, berkata campur tangan amat diperlukan ketika itu untuk mengembalikan keamanan negara.

Berikutan bantahan jalanan dan pertempuran ganas yang berlangsung selama enam bulan, tetapi keadaan kembali pulih selepas pilihan raya 24 Mac lalu.

“Thailand kini adalah sebuah negara demokrasi sepenuhnya dengan monarki berperlembagaan dan dengan anggota Parlimen yang dipilih.

“Semua masalah akan ditangani berdasarkan sistem demokrasi tanpa sebarang keistimewaan,” katanya.

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 9:38pm
d