global

11 maut letupan periuk api

Oleh Reuters

KABUL: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh apabila kenderaan dinaiki terlanggar periuk api di selatan Afghanistan, semalam. 

Jurucakap gabenor Kandahar, Hayatullah Hayat berkata, kejadian berlaku di daerah Khakrez, Kandahar pada tengahari. 

Seorang pegawai kanan kesihatan berkata, seramai 22 kanak-kanak dan lapan wanita cedera parah. 

Di Logar, tiga anggota Taliban, 11 orang awam termasuk tiga kanak-kanak maut dalam letupan bom di sebuah masjid di bandar Pul-e-Alam. 

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap dua kejadian berkenaan. 

Pemberontak Taliban menyatakan mereka menggunakan bom yang diletakkan di tepi jalan raya dan periuk api untuk menyerang pasukan keselamatan.

Disiarkan pada: July 16, 2019 @ 10:09am
d