global

Buka semula ruang udara penerbangan awam

Oleh Reuters

ISLAMABAD: Ruang udara Pakistan kini dibuka semula kepada penerbangan awam susulan sekatan selama beberapa bulan berikutan pertelingkahan dengan India awal tahun ini.

Februari lalu, Pakistan menutup ruang udaranya selepas serangan kumpulan militan berpangkalan di negara itu terhadap konvoi polis di Kashmir, India yang menyebabkan 40 anggota terbunuh.

“Ruang udara Pakistan sudah dibuka kepada semua jenis penerbangan awam berkuat kuasa serta merta,” kata Notice to Airmen (NOTAMS) dalam kenyataan di laman web pihak berkuasa berkenaan.

Ketika dihubungi media, pihak berkuasa terbabit mengesahkan perubahan itu sudah berkuat kuasa.

Pengumuman itu dilakukan beberapa jam selepas United Airlines Holdings Inc berkata akan melanjutkan tempoh penggantungan penerbangannya ke Delhi dan Mumbai, India sehingga 26 Oktober ini disebabkan sekatan di ruang udara Pakistan.

Disiarkan pada: July 16, 2019 @ 12:31pm
d