global

Menteri belanja mewah letak jawatan

Oleh AFP

PARIS: Menteri Alam Sekitar Perancis, Francois de Rugy hari mengumumkan meletak jawatan susulan laporan yang menuduh dia berbelanja mewah termasuk beberapa makan malam mewah dalam apa yang didakwanya satu ‘pembuli media’.

“Serangan dan buli media yang menyasarkan keluarga saya memaksa saya untuk berundur. Saya akan mengemukakan surat peletakan jawatan kepada perdana menteri pada pagi esok,” katanya.

Rugy juga memegang jawatan Menteri Negara yang menjadikan dia orang nombor dua dalam kerajaan selepas Perdana Menteri, Edouard Philippe.

Disiarkan pada: July 16, 2019 @ 10:04pm
d