global

13 maut di Kyoto Animation

Oleh AFP

TOKYO: Seramai 13 maut manakala 37 lagi mangsa cedera, termasuk 10 daripadanya mengalami cedera parah, dalam kebakaran membabitkan sebuah syarikat produksi animasi di barat Jepun, hari ini.

Kebakaran dilaporkan membabitkan bangunan milik Kyoto Animation iaitu syarikat yang menerbitkan beberapa siri animasi Jepun terkenal di televisyen.

“12 ditemui di tingkat pertama bangunan,” kata seorang pegawai yang enggan nama disiarkan kerana angka kematian itu belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Jepun.

Mangsa yang maut itu ditemui selepas jabatan bomba mengesahkan kematian pertama dalam kebakaran itu untuk menjadikan jumlah keseluruhan 13 setakat ini.

Jabatan bomba sudah mengerah 35 jentera bomba dan kenderaan mengawal kebakaran ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, menurut polis tempatan, kebakaran itu dipercayai sengaja dicetuskan oleh suspek yang masih belum dikenal pasti.

“Seorang lelaki dipercayai melontar cecair dan memulakan kebakaran,” kata jurucakap polis wilayah Kyoto kepada AFP.

Disiarkan pada: July 18, 2019 @ 3:11pm
d