global

Penerbangan dibatalkan kerana bau pelik

Oleh AFP

MOSCOW: Dua penumpang dimasukkan ke hospital susulan bau pelik dan asap dalam kabin sebuah pesawat Nordwind di lapangan terbang Sheremetyevo, awal pagi tadi.

Syarikat penerbangan Nordwind dalam satu kenyataan berkata, bau itu dikesan ketika pesawat Boeing 737 itu sudah bersedia untuk berlepas ke Armenia dan penumpang diarahkan untuk meninggalkan pesawat.

Anak kapal membawa seramai 162 penumpang dewasa dan 11 kanak-kanak keluar dari pesawat itu menggunakan gelongsor kecemasan.

Juruterbang berkata, terdapat asap dalam kabin, namun tiada kebakaran berlaku.

Lima penumpang diberikan rawatan dan dua terpaksa dimasukkan ke hospital.

Biarpun pesawat sudah ditukarkan, seramai 28 penumpang dilaporkan enggan meneruskan perjalanan mereka.

Disiarkan pada: July 19, 2019 @ 5:45pm
d