global

Athens dilanda gempa bumi

Oleh Agensi

ATHENS: Suasana panik tercetus di Athens apabila gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan ibu kota Greece itu hari ini.

Gempa itu adalah yang pertama melanda Athens sejak kejadian pada 1999 yang mengorbankan 143 nyawa.

Menurut AFP, gempa menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus, namun tiada kerosakan dan kecederaan dilaporkan.

Institut Geodinamik Gempa Bumi Greece melaporkan gempa itu berpusat di 23 kilometer barat laut Athens.

Saksi memberitahu Reuters gegaran itu kuat, namun hanya sebentar saja.

Kata saksi, orang ramai melarikan diri dari bangunan tinggi dan ratusan orang bersesak di dataran Syntagma Square.

Disiarkan pada: July 19, 2019 @ 8:28pm
d