global

Lapan murid korban lori terbalik

Oleh AFP

MANILA: Lapan kanak-kanak antara sembilan orang yang terbunuh dalam nahas jalan raya apabila lori membawa mereka ke aktiviti sukan terbabas ketika menuruni gunung akibat brek gagal berfungsi.

Kejadian berlaku di Boljoon dan kira-kira 30 kanak-kanak bersama beberapa ibu bapa serta guru berhimpit di dalam lori berkenaan, kata Datuk Bandar Merlou Derama kepada AFP.

Pemandu cuba memperlahankan kenderaannya dengan menggeser van pada sisi gunung. Malangnya, tindakan itu menyebabkan van berkenaan terbalik ke sisinya,” katanya.

Tiga budak perempuan dan lima lelaki berusia antara 11 hingga 12 tahun serta seorang ibu mati serta-merta manakala lima lagi kanak-kanak dibawa ke hospital, katanya.

Polis Boljoon berkata, mereka bercadang memohon pendakwa negeri memfailkan tuduhan homisid terhadap pemandu itu, yang tidak cedera dalam kejadian.

Kerajaan tempatan meminjamkan kenderaan itu ke sekolah di kawasan pedalaman berkenaan untuk membawa atletnya menyertai pertandingan di Boljoon, kata Derama.

Disiarkan pada: July 20, 2019 @ 10:32am
d