global

Digantung kerja tersilap kod kecemasan

Oleh AFP

NEW DELHI: Seorang juruterbang AirAsia India digantung kerja selama tiga bulan kerana menghantar amaran rampasan kapal terbang secara tidak sengaja kepada kawasan trafik udara ketika penerbangan domestik bulan lalu.

Pada hari kejadian, pesawat AirAsia India terbang dari New Delhi ke Srinagar mengalami masalah enjin dan kapten mengarahkan pegawai pertama, Ravi Raj untuk menghantar kod kecemasan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Raj melakukan kesilapan dengan memancarkan kod rampasan kapal terbang, kata Direktorat Penerbangan Sivil (DGCA) India dalam satu kenyataan semalam.

Butiran terperinci maklum balas pihak berkuasa ketika kejadian tidak diperoleh, namun laporan media India bulan lalu mengatakan prosedur mengendalikan kes rampasan kapal terbang dilakukan.

Pesawat Airbus A320 itu mendarat dengan selamat di bandar Chandigarh.

Menurut DGCA, kapten itu turut diberi amaran supaya lebih berwaspada.

Disiarkan pada: July 20, 2019 @ 7:40pm
d