global

Perhimpunan besar sokong polis Hong Kong

Oleh Reuters

HONG KONG: Puluhan ribu orang berhimpun di Hong Kong hari ini untuk menyokong polis dan mendesak aktivis berhenti mencetuskan keganasan di negara itu.

Perhimpunan ‘Melindungi Hong Kong’ itu dianjurkan sehari sebelum bantahan besar-besaran terhadap kerajaan dan cara kerajaan mengendalikan rang undang-undang ekstradisi ke China yang ditangguhkan.

Polis akan mengadakan kawalan ketat pada bantahan esok dan pihak berkuasa sudah mengalihkan penghadang besi yang digunakan aktivis untuk menghalang lalu lintas di beberapa kawasan.

Bekas Presiden Majlis Perundangan, Jasper Tsang berkata, Hong Kong mengalami revolusi serius selepas British menyerahkan negara itu kepada China pada 1997.

Penganjur ‘Melindungi Hong Kong’ mendakwa seramai 316,000 orang menghadiri perhimpunan itu, namun polis meletakkan jumlah peserta seramai 103,000 orang.

Minggu lalu, dua bantahan aman bertukar ganas apabila aktivis bertembung dengan polis, seterusnya menyebabkan ramai cedera dan lebih 40 orang ditahan.

Disiarkan pada: July 20, 2019 @ 11:36pm
d