global

Kapal Korea Selatan diserang lanun

Oleh Reuters

SEOUL/SINGAPURA: Sebuah kapal kargo milik Korea Selatan diserang kumpulan lanun dalam kejadian di Selat Singapura awal pagi tadi.

Reuters yang memetik agensi berita Yonhap, mereka turut menyerang anak kapal sebelum melarikan diri dengan wang tunai membabitkan ribuan dolar.

Kumpulan dipercayai terdiri daripada tujuh lanun menaiki bot laju menyerang kapal CK BlueBell hingga beberapa orang anak kapal mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun, polis Singapura yang menguruskan pengawal pantai di negara itu tidak memberi sebarang komen berhubung kejadian terbabit.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 11:49am
d