global

India lancar kapal angkasa ke bulan

Oleh AFP

SRIHARIKOTA: India, hari ini, melancarkan kapal angkasa untuk mendarat di bulan, dalam usaha menjadi negara keempat di dunia mencapai kejayaan itu.

Kapal Chandrayaan-2 – Moon Chariot 2 – berlepas seperti dijadualkan pada 2.43 petang (waktu tempatan) dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, pulau di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India.

Pelancaran dibuat seminggu selepas kebocoran minyak menyebabkan percubaan sebelum ini dibatalkan.

Disiarkan pada: July 22, 2019 @ 6:20pm
d