global

50 maut serangan di pasar

Oleh AFP

MAARET AL-NUMAN (SYRIA): Seramai 50 orang awam terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera rejim dan Russia di sebuah pasar di barat laut Syria semalam, kata pemerhati perang.

Pemerhati berkenaan berkata, pesawat Russia melancarkan serangan di Maaret al-Numan, wilayah Idlib itu namun Moscow menafikan mereka bertanggungjawab.

Menurutnya, serangan itu turut menyebabkan lebih 100 orang lagi cedera yang kebanyakannya kritikal selain terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Agensi bantuan sukarela, White Helmets pula berkata salah seorang anggotanya maut dalam serangan itu menyebabkan bilangan kematian meningkat kepada 6 orang sejak April lalu.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 11:07am
d