global

Gading gajah Afrika RM53 juta dirampas

Oleh AFP

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura berjaya melakukan rampasan terbesar membabitkan hampir 9 tan gading gajah yang dipercayai diambil daripada 300 ekor gajah Afrika.

AFP melaporkan, kargo haram yang ditemui dalam sebuah kontena dihantar dari Republik Demokratik Congo ke Vietnam melalui Singapura itu turut membabitkan sejumlah besar kulit tenggiling yang dirampas kali ketiga dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Menurut pihak berkuasa, semua rampasan itu disimpan dalam kontena dan diisytihar untuk dihantar bersama kayu balak ke Vietnam.

Semua gading gajah itu dianggarkan bernilai AS$12.9 juta (RM53 juta) manakala kulit tenggiling itu pula bernilai AS$35.7 juta (RM146 juta) dan semua rampasan itu akan dimusnahkan.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 5:27pm
d