global

3 maut dalam perkhemahan

Oleh AFP

MOSCOW: Tiga kanak-kanak maut dan seorang lagi dilaporkan kritikal selepas berlaku kebakaran di kem musim panas di pedalaman Russia awal pagi tadi, kata pihak berkuasa serantau.

Kebakaran itu berlaku di kawasan perkhemahan swasta kanak-kanak di wilayah Khabarovsk, yang memusnahkan 20 khemah dan menyebabkan seorang terkorban pada hari jadinya yang ke-11.

Manakala, dua kanak-kanak lain yang cedera parah akibat luka terbakar meninggal dunia di hospital, menurut jurucakap pihak berkuasa serantau, Nadezhda Tomchenko.

“Seorang budak lelaki juga berada dalam keadaan yang sangat buruk dan berjuang untuk hidupnya. Keadaannya tidak kelihatan baik,” kata Tomchenko.

Kem berkenaan disertai oleh 189 kanak-kanak dan remaja berumur antara tujuh dan 15 tahun.

Pengarah kawasan perkhemahan itu ditahan selepas penyiasat melancarkan siasatan.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 7:21pm
d