global

Parah ketika penggambaran Fast & Furious 9

Oleh Agensi

LONDON: Pelakon lagak ngeri untuk bintang Hollywood, Vin Diesel, dalam penggambaran Fast and Furious 9 mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh sembilan meter.

Pelakon lagak ngeri dikenal pasti sebagai Joe Watts dilaporkan jatuh atas kepalanya manakala Vin Diesel, 52, yang menyaksikan kejadian itu dalam keadaan terkejut dan dilihat bergenang air mata susulan kejadian di studio Warner Bros di Leavesden, Hertfordshire itu.

Sumber berkata: “Pelakon lagak ngeri itu jatuh sekurang-kurangnya sembilan meter, mungkin lebih.”

Menurut Mail Online, kabel keselamatan terputus ketika Watts melompat keluar dari balkoni menyebabkannya terjunam ke tanah.

Sementara itu, penerbit memberitahu rancangan Deadline, kejadian berlaku sejurus sebelum waktu tengah hari, lapor Mail Online.

Watts yang berasal dari Britain pernah membintangi beberapa blockbuster Hollywood termasuk bersama Mark Strong dalam Kingsman Golden Circle.

Disiarkan pada: July 23, 2019 @ 8:51pm
d