global

Nelayan dan kapal Itali dibebaskan

Oleh AFP

TRIPOLI: Pihak berkuasa Libya membebaskan nelayan pukat tunda Itali bersama kapal mereka sehari selepas ditahan di laut, semalam.

“Kapal Tramontana dan semua anak kapal baru sahaja meninggalkan pelabuhan Misrata untuk kembali ke Itali,” kata pejabat Perdana Menteri Giuseppe Conte dalam satu kenyataan.

Pakatan Kerajaan Kebangsaan (GNA) berkata pengawal pantai Libya merampas kapal dan lima anak kapal Itali dan dua Tunisia di perairan Libya di Teluk Sirte dan dibawa ke Misrata, timur Tripoli.

Pantai Itali berukuran kira-kira 300 kilometer dari Libya, dan wujud ketegangan berulang antara bot nelayan Itali dan pihak berkuasa Libya di kawasan itu.

Disiarkan pada: July 25, 2019 @ 12:01pm
d