global

3 suspek perompak emas ditahan

Oleh AFP

SAO PAULO: Polis Brazil menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam rompakan emas bernilai AS$30 juta (RM123.6 juta) di lapangan terbang Sao Paulo, minggu lalu.

AFP melaporkan, kejadian berlaku ketika sekumpulan lelaki menyamar sebagai polis masuk ke sebuah gudang di lapangan terbang dan melarikan lebih 700 kilogram emas pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tiada tembakan dilepaskan.

Media tempatan melaporkan, salah seorang daripada yang ditahan mendakwa dia memberi kerjasama dengan suspek selepas ahli keluarganya diculik.

Semua emas yang akan dihantar ke New York dan Zurich itu masih gagal dikesan.

Disiarkan pada: July 30, 2019 @ 11:28am
d