global

28 maut dalam serangan bom

Oleh AFP

HERAT (AFGHANISTAN): Sekurang-kurangnya 28 maut manakala 10 lagi cedera selepas bas yang dinaiki terkena bom tepi jalan di barat Afghanistan, pagi tadi.

AFP melaporkan, kebanyakan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu adalah wanita dan kanak-kanak.

“Bas itu melalui lebuh raya Kandahar-Herat sebelum terkena bom terbabit. Sehingga kini sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala 10 lagi cedera,” kata jurucakap wilayah Farah, Muhibullah Muhib.

Manakala jurucakap kerajaan Farah, Farooq Barakzai mengesahkan bilangan kematian mungkin meningkat.

Setakat ini tiada pengesahan yang dibuat oleh Taliban bahawa mereka mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Disiarkan pada: July 31, 2019 @ 1:45pm
d