global

31 nelayan hilang akibat bot karam

Oleh Reuters

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 31 nelayan hilang selepas sebuah bot Indonesia dilaporkan karam di kawasan perairan wilayah Kalimantan Selatan, hari ini.

Agensi berita Kompas.com yang memetik Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) berkata, terdapat 37 nelayan di atas kapal itu.

Katanya, empat daripada mereka ditemui mati manakala dua yang lain masih hidup.

Disiarkan pada: August 2, 2019 @ 5:24pm
d