global

Wartawan mati ditembak di Mexico

Oleh Reuters

MEXICO CITY: Wartawan Mexico di Guerrero yang turut berkhidmat sebagai pegawai perbandaran ditembak mati semalam di pusat peranginan tepi pantai, kata pihak berkuasa.

Wartawan berkenaan adalah kedua dari negeri itu yang dibunuh dalam masa kurang seminggu ketika pertumpahan darah di Mexico.

Edgar Alberto Nava, yang menyiarkan berita mengenai bandar raya percutian Zihuatanejo di laman Facebook La Verdad de Zihuatanejo meninggal dunia sejurus ditembak beberapa kali, kata pejabat pendakwa raya Guerrero.

Nava turut bertugas sebagai pengarah kawalan Zijuatanejo. Namun tidak dapat dipastikan sama ada serangan di restoran di Zihuatanejo itu, ada kaitan dengan kerjaya kewartawanan Nava.

Enam lagi wartawan di Mexico dibunuh setakat 2019, menurut kumpulan penyokong kebebasan bersuara, Article 19, berbanding sembilan tahun lalu.

Awal minggu ini, seorang wartawan yang membuat liputan mengenai polis di Guerrero ditemui mati dalam bonet kereta dengan tanda ditembak dan diseksa. - Reuters

Disiarkan pada: August 3, 2019 @ 11:24am
d