global

AS mengenakan sekatan baru pada Russia

Oleh AFP

SYDNEY: Amerika Syarikat (AS) mengenakan pusingan baru sekatan ke atas Moscow hari ini berhubung kes keracunan bekas ejen dua muka Sergei Skripal di United Kingdom pada 2018.

Ejen Russia dipersalahkan kerana meracun Skripal dan anak perempuannya di Salisbury, England pada Mac tahun lalu menggunakan cecair kimia Novichok buatan Soviet.

Washington berkata, ia akan menentang lanjutan sebarang pinjaman atau bantuan kewangan atau teknikal kepada Russia oleh institusi kewangan antarabangsa dan mengenakan had ke atas bank AS daripada membiayai hutang Russia, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Morgan Ortagus dalam kenyataan.

AS juga akan mengehadkan eksport barangan dan teknologi ke Russia, katanya.

Disiarkan pada: August 3, 2019 @ 2:03pm
d