global

42 maut serangan udara di Libya

Oleh AFP

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara di sebuah bandar di selatan Libya, kata seorang pegawai tempatan, hari ini.

Pakatan Kerajaan Kebangsaan (GNA) menuduh pasukan yang diketuai ketua tentera Khalifa Haftar kerana melakukan serangan semalam di Morzuk.

“Serangan itu mengorbankan 42 orang dan lebih 60 lain cedera, 30 daripadanya kritikal,” kata pegawai perbandaran, Ibrahim Omar kepada AFP.

Halaman Facebook GNA mengutuk serangan itu yang menyalahkan tentera Haftar.

Haftar, yang merampas semula kawasan selatan Libya pada awal tahun ini, berperang sejak April lalu untuk menggulingkan pasukan pro-GNA dari ibukota Tripoli.

Selepas bertempur di atas tanah, kedua-dua pihak membawa pertempuran ke langit menerusi pesawat perang dan drone.

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 8:53pm
d