global

Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

Oleh Reuters

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu yang tidak dapat dikenal pasti ke dalam laut di pantai timur negara itu, hari ini.

Kementerian Luar Pyongyang membantah latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan melanggar perjanjian diplomatik.

Negara itu melancarkan beberapa siri peluru berpandu dan roket sejak pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju menyambung semula perbincangan penamatan program nuklear pada 30 Jun lalu.

Penganalisis percaya ujian itu bagi mempertingkatkan keupayaan ketenteraan Korea Utara dan memberi tekanan kepada Washington untuk menawarkan lebih banyak konsesi.

Pegawai kanan di pentadbiran Trump dalam satu kenyataan berkata, situasi itu akan terus dipantau dan berunding dengan sekutunya iaitu Korea Selatan dan Jepun.

Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, set keempat pelancaran itu dilakukan di wilayah Hwanghae Selatan awal pagi semalam.

Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 11:27am
d