global

Google kini kaya dari Apple

Oleh Agensi

WASHINGTON: Pengendali Google, Alphabet kini syarikat paling kaya di dunia kerana memiliki kekayaan lebih tinggi dari Apple.

Alphabet dilaporkan mempunyai AS$117 bilion berbanding Apple yang kini mencatatkan kekayaan sebanyak AS$102 bilion.

Memetik laporan Kompas.com, pendapatan syarikat gergasi itu meningkat sejak dua tahun lalu, manakala Apple semakin merosot.

Meskipun memiliki kekayaan lebih banyak, Aplhabet berdepan tekanan pelabur yang ingin mengetahui peruntukan untuk pembelian semula saham atau dividen.

Selain itu, kekayaan melimpah ini membuat pengawal atur memperketatkan lagi pengawasan terhadap Google.

Malah, Alphabet dan Google turut didenda sebanyak AS$9.05 bilion oleh Uni Eropa kerana dianggap berupaya monopoli pasaran.

Apple pula terpaksa mencairkan asetnya susulan kritikan pelabur yang mengatakan syarikat itu menyimpan wang tunai dan merosot sebanyak AS$61 bilion sejak 2017.

Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 5:56pm
d