global

Strok haba punca kematian pekerja

Oleh Reuters

TOKYO: Strok haba disyaki sebagai punca kematian seorang pekerja di tapak pembinaan Tokyo Olympic, menurut stesen televisyen NHK.

Keadaan cuaca panas yang melanda sejak akhir Julai lalu, sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 57 mangsa di seluruh Jepun.

Pekerja binaan berusia 50 tahun itu, ditemui tidak sedarkan diri di Tokyo Big Sight dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, semalam.

NHK yang memetik polis melaporkan, keadaan di tapak pembinaan dipercayai menjadikan strok haba sebagai punca kematian, tetapi pihak berkuasa enggan mengesahkan laporan itu.

Suhu di Tokyo sudah mencecah lebih 31 darjah celsius sejak 24 Julai lalu, genap setahun sebelum pembukaan acara Sukan Olimpik.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 12:58pm
d