global

Selamba masuk Walmart bawa senjata

Oleh Reuters

MISSOURI: Polis menahan seorang lelaki yang masuk ke kedai Walmart di Springfield, Mo., dengan memakai baju perisai, membawa raifal berisi penuh peluru dan 100 butir peluru, semalam.

Tiada tembakan dilepaskan dan polis tidak dapat memastikan motif lelaki itu, kata polis Springfield dalam satu kenyataan atas talian.

“Seorang lelaki kulit putih berumur sekitar 20-an itu ditahan oleh seorang pegawai polis bersenjata tetapi tidak bertugas sehingga pegawai lain tiba di tempat kejadian dan menahannya,” kata kenyataan itu menggambarkan insiden itu berlaku kira-kira 4 petang di barat daya Springfield.

Dia ditangkap selepas berjalan keluar dari kedai dengan senjatanya, kata polis.

Belum dapat dipastikan sama ada lelaki itu pernah membuat sebarang ancaman atau jenayah.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 4:52pm
d