global

Perisik bunuh adik ketua Houthi

Oleh AFP

SANAA: Adik kepada ketua pemberontak Houthi, Abdelmalek al-Huthi didakwa dibunuh oleh perisik dari Arab Saudi, lapor TV Al-Masirah milik kumpulan itu hari ini.

“Ibrahim Badreddine Amir al-Din al-Huthi syahid selepas dibunuh oleh pengkhianat yang bekerja dengan pakatan Arab Saudi,” kata kenyataan pemberontak Houthi yang disiarkan di saluran televisyen berkenaan.

Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi berperang dengan pemberontak Houthi untuk mengembalikan pemerintahan kerajaan yang diiktiraf antarabangsa dan konflik itu kini sudah masuk empat tahun.

Pemberontak Houthi tidak memberi maklumat lanjut mengenai pembunuhan berkenaan tetapi berkata, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memburu penjenayah itu dan membawanya ke muka pengadilan.

Sumber keselamatan Syria memberitahu, Ibrahim al-Huthi rapat dengan abangnya dan adalah komander di Saada, kubu kuat Houthi di utara Yaman yang bersempadan dengan Arab Saudi.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 10:04pm
d