global

20 tahun dalam perut

Oleh Agensi

SHENZHEN: Seorang bekas banduan yang pernah cuba membunuh diri dengan menelan berus gigi akhirnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alatan itu hampir 20 tahun kemudian.

Mirror Online melaporkan, ketika dikeluarkan, berus gigi itu hampir tidak dikenali dan berwarna hitam serta berus yang reput.

Bekas banduan itu yang dikenali sebagai Li, 51, bertemu doktor kerana sakit perut dan membuat imbasan CT di sebuah hospital di Shenzhen, China.

Doktor kemudiannya terkejut melihat satu objek panjang tersangkut di usus dan bertanya kepada lelaki itu bagaimana ia boleh berada di dalam perutnya.

Berus gigi itu berjaya dikeluarkan doktor menggunakan alat endoskop.

Li, 51, mendedahkan dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan berus gigi ketika dipenjara.

Apa yang menghairankan, berus gigi itu tidak memberi sebarang kesan kepada Li dan dia terus menjalani hukuman penjara.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 10:29pm
d