global

5 maut dalam letupan kereta

Oleh Reuters

BENGHAZI, Libya: Kejadian letupan bom kereta di sini, hari ini menyebabkan tiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dua anggota misi terbunuh.

Serangan itu berlaku ketika PBB menjadi orang tengah gencatan senjata di ibu kota Tripoli selepas Tentera Kebangsaan Libya (LNA) melancarkan serangan mengejut pada April lalu.

Jurucakap LNA, Ahmed Mismari memberitahu wartawan dua mangsa terbunuh adalah anggota tentera misi PBB Libya.

Katanya, seramai 10 orang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah pusat beli-belah dan bank.

Ketika kejadian, Komander LNA, Khalifa Haftar mengumumkan akan menghentikan operasi ketenteraan selama 48 jam pada sambutan Aidiladha.

Semalam, kerajaan dalam kenyataannya berkata sudah menerima cadangan PBB untuk gencatan senjata.

ends

Disiarkan pada: August 11, 2019 @ 10:45am
d