global

Serangan pengganas

Oleh AFP

OSLO: Insiden tembakan di sebuah masjid di Norway semalam disiasat sebagai cubaan melakukan serangan pengganas, kata polis hari ini.

Suspek terbabit yang lengkap dengan beberapa senjata itu melepaskan di tembakan di Pusat Islam Al-Noor di bandar Baerum, pinggir bandar Oslo dalam kejadian tengah hari semalam hingga menyebabkan seorang cedera.

“Kami menyiasat kes ini sebagai cubaan melakukan serangan pengganas,” kata pemangku ketua polis, Rune Skjold.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai idelogi pelampau kanan dan anti pendatang.

Beberapa jam selepas serangan itu, mayat seorang wanita muda yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek ditemui di sebuah rumah di Baerum.

Penyiasat menyiasatnya sebagai kes bunuh kerana mendapati kematiannya mencurigakan.

Media tempatan melaporkan, suspek juga dipercayai memuat naik hantaran di sebuah forum atas talian dengan memuji penyerang di dua masjid di Christchurch, New Zealand hingga menyebabkan 51 orang maut.

Disiarkan pada: August 11, 2019 @ 8:50pm
d