global

Lagi perhimpunan hari ini

Oleh Reuters

HONG KONG: Penunjuk perasaan dijangka berhimpun di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong untuk hari keempat berturut-turut, hari ini.

Mereka turut merancang mengadakan perhimpunan di luar ibu pejabat polis pada malam ini.

Semalam, penunjuk perasaan membaling dua bom petrol ke arah polis dan menyebabkan seorang pegawainya cedera.

Penunjuk perasaan turut menggunakan strategi ‘flash mob’ untuk berlawan dengan polis iaitu dengan melarikan diri sebelum muncul di tempat lain.

Polis menyerbu beberapa stesen tren bawah tanah dan menembak gas pemedih mata sebelum menahan penunjuk perasaan.

Setakat ini, polis sudah menahan lebih 600 orang sejak bantahan tercetus di bandar itu dua bulan lalu.

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 10:40am
d