global

Lapangan terbang dibuka semula

Oleh AFP

HONG KONG: Lapangan Terbang Hong Kong dibuka semula hari ini selepas ribuan penunjuk perasaan melakukan bantahan hingga menyebabkan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan.

AFP melaporkan, bantahan semalam dicetuskan oleh kemarahan terhadap polis yang didakwa bertindak ganas apabila salah seorang penunjuk perasaan cedera sebelah mata selain terdapat video menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan kepada mereka.

Sebahagian penumpang di lapangan terbang sudah dibenarkan untuk mendaftar masuk sebelum menaiki penerbangan masing-masing.

Bagaimanapun, sehingga pagi ini, syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific masih membatalkan lebih 200 penerbangan mereka.

Sementara itu, sebilangan penunjuk perasaan masih kelihatan berkumpul di lapangan terbang terbabit.

Tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan itu akan kembali secara beramai-ramai untuk meneruskan bantahan hari ini.

Disiarkan pada: August 13, 2019 @ 10:37am
d