global

Rakan penembak di Dayton didakwa

Oleh AFP

WASHINGTON: Lelaki berusia 24 tahun yang membeli baju perisai dan beberapa bahagian senjata raifal untuk penembak yang membunuh sembilan orang di Dayton, Ohio ditahan atas dakwaan memiliki senjata, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, lelaki terbabit, Ethan Kollie didakwa kerana menipu mengenai dia mengambil dadah untuk membeli sepucuk pistol namun tidak didakwa atas pembabitan secara langsung dengan tembakan rambang dilakukan oleh rakannya, Conner Betts, 24, pada 4 Ogos lalu.

Menurut FBI, Kollie turut membeli baju perisai, satu bahagian untuk raifal AR-15, 100 butir peluru untuk Betts dan menyimpannya dalam unit pangsapuri.

Betts ditembak mati oleh polis selepas menyerang sembilan mangsa di Dayton termasuk adik perempuan berusia 22 tahun.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas tembakan rambang di El Paso, Texas yang mengorbankan 22 orang.

Disiarkan pada: August 13, 2019 @ 11:06am
d