global

Hong Kong batal semua penerbangan

Oleh AFP

HONG KONG: Pihak berkuasa lapangan terbang di Hong Kong semalam membatalkan semua penerbangan keluar selepas penunjuk perasaan prodemokrasi menghalang terminal itu untuk hari kedua.

“Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terganggu teruk, semua penerbangan keluar dibatalkan.

“Semua penumpang dinasihatkan untuk meninggalkan bangunan terminal secepat mungkin,” kata satu kenyataan di laman sesawang lapangan terbang Hong Kong.

Namun, kenyataan itu tidak menjelaskan sama ada pesawat masih dibenarkan mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas ribuan penyokong prodemokrasi memenuhi lapangan terbang berkenaan buat hari kedua dan menghalang penumpang daripada pergi ke pintu masuk ke kawasan berlepas di kedua-dua terminal.

Sehari sebelum ini, pihak berkuasa mengumumkan pembatalan sepenuhnya penerbangan masuk dan keluar susulan tunjuk perasaan berkenaan.

Disiarkan pada: August 13, 2019 @ 7:03pm
d