global

Greece dilanda kebakaran hutan [VIDEO]

Oleh Agensi

ATHENS: Beratus penduduk terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar kawasan hutan di pulau Evia di utara Athens, Greece awal pagi semalam.

Daily Mail melaporkan, lebih 220 anggota bomba terpaksa dikerahkan ke tempat kejadian yang dibantu dengan pesawat dan enam helikopter dalam usaha memadam api.

Anggota bomba terbabit berdepan kesukaran untuk menyelamatkan beberapa kampung daripada dijilat api apabila angin kuat menyebabkan ia merebak dengan cepat.

“Kami bergelut dengan masa untuk mengawal kebakaran dan ia agak sukar disebabkan keadaan angin kuat dan asap tebal.

“Seorang anggota bomba turut cedera kerana cuba melalui kawasan itu dengan motosikal selain tiga kenderaan terbakar,” kata ketua perbandaran Dirfys-Messapia, Yiorgos Psathas.

Disiarkan pada: August 14, 2019 @ 12:38pm
d