global

Ribut tropika Krosa landa Jepun

Oleh Reuters

TOKYO: Beratus penerbangan dan perkhidmatan kereta api terpaksa dibatalkan di Jepun selepas ribut tropika Krosa membawa hujan lebat di beberapa bahagian di barat negara itu hari ini.

Pihak berkuasa turut memberi nasihat kepada 584,100 penduduk supaya berpindah apabila paras air di beberapa sungai hampir mencecah paras bahaya, lapor Reuters.

Ribut tropika itu dilaporkan membawa angin pada kelajuan 144 kilometer sejam ketika melanda barat wilayah Hiroshima, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan berlakunya banjir selain beberapa penduduk mengalami kecederaan.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 3:46pm
d