global

Myanmar, Bangladesh hantar Rohingya pulang

Oleh Reuters

YANGON: Myanmar dan Bangladesh akan cuba menghantar pulang ribuan Rohingya ke Rakhine pada minggu depan, setahun selepas percubaan sebelum ini gagal.

Lebih 730,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh susulan tindakan keras tentera pada Ogos 2017 dan ramai masih enggan pulang kerana khuatir keganasan berterusan.

Setakat ini, Myanmar sudah meluluskan seramai 3,540 orang dari 22,000 pelarian dalam senarai yang diserahkan oleh Bangladesh, kata pegawai dari kedua-dua negara berkenaan kepada Reuters.

Kumpulan pertama pelarian akan kembali ke Myanmar pada 22 Ogos ini.

Pada November lalu, usaha menghantar Rohingya pulang ke Rakhine gagal disebabkan tentangan dari pelarian.

Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 12:05am
d